My Add

Sunday 6 January 2013

Tubuh Suruhanjaya Diraja

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

 *MUSTAPA Mohamed (kanan) beramah mesra dengan peniaga ketika membuat lawatan di pasar Besar,Tanah Merah, semalam. Turut hadir Ikmal Hisham Abdul Aziz (dua, kanan).

TANAH MERAH 5 Jan. - UMNO Kelantan mendesak supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara terperinci berhubung pajakan tanah lebih 4,000 hektar kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Nga Kor Ming.

Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah menubuhkan suruhanjaya tersebut perlu kerana rakyat negeri ini tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima penjelasan yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.

Beliau berkata, masih terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab termasuk apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada Pas?. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment