My Add

Wednesday 16 January 2013

Tun Razak bapa yang sangat penyayang: Najib

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, sebagai seorang yang sangat penyayang.

Datuk Seri Najib Razak berkata sifat penyayang itulah yang mendorong beliau menjadikan bapanya sebagai idola sejak kecil.

"Isnin lalu genaplah 37 tahun pemergian arwah ayahanda. Saya masih teringat kenangan bersama arwah sepanjang hayatnya.

"Arwah adalah seorang bapa yang sangat penyayang dan sebab itulah saya menjadikannya sebagai idola saya sejak kecil lagi. Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman," katanya dalam entri terbaru beliau di laman Facebook hari ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia kedua, meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia pada usia 53 tahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment