My Add

Sunday 13 January 2013

Turki desak penjelasan Perancis

ANKARA, AHAD, 13 Januari, 2013: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa Perancis semalam supaya segera menjelaskan tentang pembunuhan tiga aktivis Kurdis yang ditembak mati di Paris, Khamis lalu.

Erdogan pada masa sama mengesa Presiden Perancis, Francois Hollande menjelaskan mengapa beliau mengadakan pertemuan dengan ahli pemberontak dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

``Perancis perlu segera menjelaskan insiden ini. Selain itu pemimpin Perancis ini juga perlu menjelaskan dengan segera kepada rakyat Perancis dan Turki dan dunia amnya mengapa beliau berkomunikasi dengan kumpulan pemberontak ini,’’ katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment