My Add

Friday 18 January 2013

Ulama gesa keluarkan garis panduan kalimah Allah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Satu garis panduan khusus berhubung penggunaan kalimah Allah perlu diwujudkan segera bagi memastikan kalimah suci itu tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, dalam hubungan ini, pihak berkuasa harus menggunakan kuasa mereka.

"Dengan cara ini, isu tersebut akan tamat dan tidak ada siapa dapat bersuara tanpa alasan yang kukuh mengapa mereka mahu menggunakan kalimah itu dalam mana-mana kitab.

"Cara ini juga dapat menghindarkan ketegangan dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob dalam satu kenyataannya menjelaskan, berbeza dengan fahaman kitab Bible, Allah dalam agama Islam tidak beranak dan diperanakkan, seperti yang dinyatakan dalam surah al-Ikhlas. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment