My Add

Sunday 6 January 2013

Unisel diminta jamin keselamatan pelajar

KUALA SELANGOR, SABTU, 05 Januari, 2013: Ibu bapa kepada 500 penuntut baharu yang mendaftarkan diri di Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya bermula hari ini mahu pihak pengurusan universiti itu supaya sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak mereka.

Ini berikutan semua penuntut baharu yang akan memulakan sesi pengajian mereka tidak lama lagi terpaksa tinggal di luar kampus iaitu di asrama sementara di Kota Puteri yang jaraknya hampir 15 kilometer dari Unisel berikutan asrama yang sedia ada di dalam kampus universiti berkenaan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

Seorang suri rumah, Norziah Mat Zin, 44, berkata, dia dan suaminya memang berasa khuatir tempat tinggal anak perempuannya kerana mereka sebelum ini tidak dimaklumkan tentang penempatan asrama untuk pelajar baharu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment