My Add

Sunday 13 January 2013

'Usah heret rakyat perjuang isu peribadi'

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

TASEK GELUGOR, SABTU, 12 Januari, 2013: Pemimpin pembangkang tidak sepatutnya mengheret rakyat turun berhimpun termasuk di jalanan bagi menyuarakan bantahan terhadap sesuatu isu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, perhimpunan berskala besar yang diadakan itu tidak akan menyelesaikan masalah secara total, malah dikhuatiri membawa pelbagai kesan buruk lain.

"Tidak semua masalah akan selesai kalau keluar berhimpun beramai-ramai seperti itu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-14 Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia peringkat negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dan ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Beliau diminta mengulas tindakan pembangkang yang mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka hari ini dan 'mengheret' puluhan ribu rakyat untuk turun memberi sokongan walaupun melibatkan isu peribadi.

"Saya secara peribadi tidak bersetuju mereka mengadakan perhimpunan sebegitu.

Namun kerana sudah mendapat kebenaran polis, maka jagalah keharmonian," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment