My Add

Sunday 27 January 2013

Wang ATM RM190,000 lesap

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM, SABTU, 26 Januari, 2013: Sebuah mesin deposit wang (CDM) di dalam stesen minyak di Taman Alam Megah, Seksyen 28 di sini disamun sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian wang tunai kira-kira RM190,000 awal pagi ini.

Kejadian itu hanya disedari seorang pekerja stesen minyak yang hendak memulakan tugas pagi ini.

Penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang dikatakan memasuki stesen minyak itu menerusi pintu belakang selepas memotong mangga menggunakan alat kimpalan.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Idzam Jaafar, penjenayah turut menyembur semua kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan dalam stesen minyak itu dengan cat merah bagi mengelak pergerakan mereka dikesan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi daripada pekerja stesen minyak berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment