My Add

Monday 18 February 2013

13 maut dalam kejadian banjir, tanah runtuh di Indonesia

JAKARTA, ISNIN, 18 Februari, 2013: Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di Indonesia sejak dua hari lalu.

Jurucakap pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda ibu wilayah Sulawesi Utara, Manado semalam, menyebabkan 10 orang maut dan lebih 1,200 penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Katanya, tiga mangsa lagi terbunuh termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun selepas dihanyutkan arus banjir di wilayah Jambi, kelmarin. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment