My Add

Friday 22 February 2013

13,291,385 pemilih layak mengundi pada PRU-13

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
PUTRAJAYA, JUMAAT, 22 Februari,2013: Jumlah rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih dan layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah 13,291,385 orang.

Berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 4/2012 yang diwartakan hari ini, jumlah tersebut menyaksikan pertambahan 294,392 pemilih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya di sini memberitahu, jumlah yang didaftarkan untuk suku tahun keempat itu terdiri daripada 243,204 pendaftaran baru dan 51,188 pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi.

“Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi yang tidak terlibat dengan bantahan," jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun menurut SPR, pihaknya terpaksa menangguhkan pemerakuan permohonan nama mereka yang terlibat dengan bantahan sehingga perkara itu dapat diselesaikan melalui siasatan SPR.

Untuk menyemak butir-butir anda sebagai pengundi, sila klik link di bawah:

http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/ - UTUSAN

No comments:

Post a Comment