My Add

Monday 18 February 2013

150 pendatang asing Rohingya mendarat di Telok Bahang

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
BALIK PULAU, ISNIN, 18 Februari, 2013: Sebanyak 150 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Rohingya dikesan berjaya mendarat di kawasan perairan bersempadan dengan Sungai Pinang dan Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 11.15 pagi ini.

Bagaimanapun difahamkan, kesemua PATI berkenaan berjaya melarikan diri ke kawasan berbukit di lokasi tersebut dengan berpecah kepada beberapa kumpulan bagi menyembunyikan diri.

Operasi mencari semua PATI berkenaan sedang dijalankan oleh pasukan ranjer hutan manakala pihak polis telah membuka bilik gerakan di Balai Polis Teluk Bahang dan Balai Polis Sungai Pinang.

Selain itu semua laluan keluar dan masuk ke Taman Negara Teluk Bahang turut di tutup bagi tujuan operasi mencari berkenaan.

Difahamkan, sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment