My Add

Tuesday 12 February 2013

20,000 sambut Najib di Senai

 *NAJIB Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Sambutan 
Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor di Senai, Kulaijaya, hari ini. - Foto 
NSTP/Yazit Razali

SENAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Johor yang dihadiri kira-kira 20,000 orang di perkarangan pasaraya Econsave, dekat sini.

Beliau tiba jam 3.42 petang bersama isterinya, Datin Seri Rosmah turut diiringi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof Datin Dr Jamilah Othman.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga Pengerusi MCAJohor dan pemimpin Johor.

Kehadiran Perdana Menteri disambut tarian naga dan paluan gendang 1Malaysia, selain orang ramai yang memenuhi perkarangan pasar raya seawal jam 12 tengah hari.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja sehari di negeri ini bermula dengan mempengerusikan mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor di Persada Johor, pada sebelah pagi.

Selepas program sambutan Tahun Baru Baru Cina, Perdana Menteri dijadual merasmikan Majlis Cabutan Undi Projek Perumahan Nusantara Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). - BH

No comments:

Post a Comment