My Add

Monday 18 February 2013

26,000 penduduk Pasir Mas terima BR1M

PASIR MAS, AHAD, 17 Februari, 2013: Seramai 26,000 penduduk di daerah ini menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10.5 juta.

Daripada jumlah tersebut, seramai 16,000 orang menerima bantuan sebanyak RM500 seorang, manakala 10,000 orang pula merupakan penerima bujang dengan 2,400 daripadanya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, yang menerima sebanyak RM250 seorang.

Mereka menerima pemberian tersebut daripada Ketua UMNO bahagian, Datuk Hanafi Mamat dan Ketua Wanita UMNO bahagian, Rita Sarbanun Ismail dalam satu majlis di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut Susu di sini semalam.

Beberapa penerima yang ditemui mengalu-alukan pemberian tersebut dan mahu menggunakan wang berkenaan bagi membeli keperluan harian mereka.

Seorang penerima, Mohd. Asrul Mohd. Nawi, 23, berkata, dia terharu apabila dimaklumkan turut tersenarai sebagai penerima BR1M 2.0.

18,290 penerima BR1M Parlimen Seputeh

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18,290 warga Parlimen Seputeh layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 tahun ini.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, bantuan itu merupakan antara komitmen Kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang akan diberikan dalam beberapa sesi pada Februari ini.

"Sebanyak 1,000 orang akan menerima pada sesi pertama hari ini. Selain penyerahan BR1M, kita mengadakan Kenduri Rakyat 1Wilayah untuk mengeratkan lagi perpaduan antara masyarakat dengan kerajaan.

"Bagi mengeratkan lagi perpaduan tersebut, kira-kira 300 orang telah bersama-sama menyediakan makanan untuk program ini. Kenduri ini merupakan idea Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang perlu diteruskan di masa hadapan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment