My Add

Monday 11 February 2013

50 pengguna jalan raya berhemah akan terima anugerah

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 11 Februari, 2013: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menganugerahkan 50 anugerah kepada pemandu paling berhemah sepanjang Ops Selamat yang mula dilancarkan dari 3 hingga 17 Februari ini.

Anugerah itu akan membabitkan 30 penunggang motorsikal manakala 10 masing-masing bagi pemandu bas dan pemandu kereta yang akan dipilih secara rawak yang mana ia akan diumumkan pada 20 Februari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA),Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid anugerah ini akan diberikan kepada pemandu serta penunggang paling berhemah serta anugerah kepada kontinjen yang berjaya mencatatkan kadar kemalangan dan pecah rumah yang paling rendah.

"Anugerah yang memasuki kali ketiga ini dibuat sebagai suntikan dan dorongankepada pemandu untuk berdisiplin serta mematuhi peraturan yang telahditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Salleh berkata, pemilihan akan buat melalui rekod bersih pemandu, mematuhiperaturan yang ditetapkan serta cara mereka menunggang dan memandu.

"Bagi penunggang motorsikal kita memperincikan topi keledar yang dipakai selamat ke tidak, ada lesen memandu ke tidak dan manakala bagi pemandu bas, kita akan bertanya kepada penunggang sama ada cara pemanduan mereka bahayake tidak dan sebaginya," katanya.

Menurutnya anugerah yang mula diperkenalkan pada Ops Sikap 25 (kini dikenali sebagai Ops Selamat) berjaya menunjukkan kesan yang positif dan akan meneruskan anugerah seperti ini bagi mendidik pengguna jalan raya.

Beliau berharap anugerah ini dapat dijadikan contoh dan dorongan kepada pemandu yang lain untuk menggunakan jalan raya secara berhemah.

"Mereka yang terpilih adalah role model yang boleh dijadikan contoh tauladan oleh pengguna jalan raya yang lain," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment