My Add

Friday 22 February 2013

7 didenda jual rokok larangan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
BATU PAHAT, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Akibat mengejar keuntungan yang tidak seberapa, enam pemilik dan seorang pekerja kedai runcit didenda antara RM600 hingga RM3,500 seorang oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana menjual rokok yang dilarang pengimportannya.

Ketujuh-tujuh individu terbabit didenda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Mohd. Zulhilmi Ibrahim di sini.

Mereka yang dituduh ialah Tee Chee Wee, 35, seorang pekerja perniagaan Luck & Fortune Trading di Taman Megah dan didenda sebanyak RM600, Hamzah Md. Haniffa, 60, pemilik kedai runcit di Jalan Ibrahim didenda RM800, Kamal Miah Moklesur Rahman, pemilik kedai runcit di Batu 6 Jalan Kluang didenda RM1,600.

Turut didakwa Ramli Supian, 60, pemilik kedai runcit di Sungai Buloh didenda RM1,800, Lim Cheng Khang, 62, pemilik kedai runcit Chop Yew Seng di Jalan Ibrahim didenda RM3,500, Kit Boon Hui, 42, pemilik kedai runcit KH Jaya di Taman Panchor didenda RM1,500 dan Tan Gek Kee, pemilik kedai runcit di Sri Gading yang didenda RM3,500.

Ketujuh-tujuh individu terbabit didakwa selepas Jabatan Kastam cawangan Batu Pahat merampas rokok yang dilarang pengimportannya daripada tujuh kedai runcit terbabit dalam operasi yang dilakukan pada 28 September tahun lalu dan 1 Januari tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment