My Add

Thursday 21 February 2013

AES: Mahkamah putuskan MPSepang tiada kuasa

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini memutuskan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuh Raya Utara Bhd. (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Hakim Datuk Zaleha Yusof dalam keputusannya berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa ke atas lebuh raya tersebut, sebaliknya bidang kuasa ke atas lebuh raya itu terletak hanya kepada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan permohonan syarikat pemasangan sistem penguatkuasaan automatik (AES), Beta Tegap Sdn. Bhd., antaranya untuk membatalkan notis yang dikeluarkan oleh MPSepang berhubung pemasangan kamera AES di lebuh-lebuh raya Persekutuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment