My Add

Wednesday 13 February 2013

Ahli, penyokong Pas minta Majlis Syura nyata pendirian

TAIPING, SELASA, 12 Februari, 2013: Sekumpulan ahli dan penyokong Pas hari ini berhimpun secara aman mendesak Majlis Syura Ulama Pas menyatakan pendirian berhubung hukum mengundi atau menyokong calon DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut mereka, langkah tersebut mesti dilakukan bagi meleraikan kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong Pas ekoran kedegilan pemimpin DAP dan PKR menerima ketetapan Majlis Syura tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Wakil kumpulan itu, Ramli Sudin yang mendakwa ahli Pas Cawangan Aulong berkata, petugas parti kini serba salah untuk menyokong DAP selepas Majlis Syura memutuskan penggunaan kalimah Allah untuk agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan itu dianggap kufur.

''Kami petugas Pas ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 mahukan penjelasan daripada Majlis Syura, apa hukumnya jika kami terus membantu calon DAP atau PKR dalam pilihan raya umum kali ini. Adakah kami akan kufur jika melakukannya? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment