My Add

Tuesday 19 February 2013

Akar umbi Pas pertahan pendirian Majlis Syura Ulama

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa menegaskan, ahli-ahli parti sentiasa menyokong ketegasan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menolak campur tangan pihak luar.

Menurutnya, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan para pemimpin lain dalam pakatan pembangkang sepatutnya menghormati setiap keputusan yang dibuat kepimpinan Pas termasuk Majlis Syura Ulama parti itu.

"Kami petugas Pas di peringkat bawah berpegang pada pendirian Majlis Syura Ulama parti yang memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

"Kami juga menyokong pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya kerjasama itu merugikan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment