My Add

Friday 8 February 2013

Akar umbi tolak Anwar - Zahrain

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

PETALING JAYA, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat mengunjungi dan menyambut hari lahirnya di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini dipercayai turut membincangkan cadangan calon Perdana Menteri pembangkang, bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana Nik Aziz sedar ahli Pas di peringkat akar umbi kini menolak persetujuan pakatan pembangkang sebelum ini yang mahu melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya.

Selain itu, kata beliau, rakan-rakannya di dalam Pas turut memberitahu penolakan terhadap Anwar juga semakin kuat daripada Majlis Syura Ulama Pas ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Itu semua menyebabkan Pas terdesak berbincang dengan DAP mencari calon alternatif menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Ini semua diperkuatkan lagi dengan tindakan Nik Aziz pergi berjumpa Karpal. Jika sebelum ini, kedua-dua mereka mengakui tidak membincangkan kemelut isu kalimah Allah, jadi apa lagi yang mereka bincangkan ketika itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Nik Aziz menyambut hari lahirnya di kediaman Karpal di Pulau Pinang baru-baru ini, walaupun Karpal sebelum ini menimbulkan kemarahan ahli Pas kerana mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

Zahrain menambah, kepercayaan ahli Pas terhadap Anwar mula terhakis ekoran beberapa isu besar termasuk dakwaan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah video seks.

“Jelas sekali Anwar kini merupakan liabiliti pakatan pembangkang dan mereka sedang mencari calon baru bagi menggantikan Anwar," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment