My Add

Wednesday 13 February 2013

Amalan baiah dalam Pas dianggap tidak munasabah

KUALA LUMPUR SELASA, 12 Februari, 2013: Amalan baiah dalam Pas mencerminkan sikap sebenar pemimpinnya yang cuba menjadikan Islam sebagai agama yang zalim dan tidak rasional.

Sambil menyelar tindakan itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, keghairahan Pas menggadai maruah agama sehingga sanggup membuat baiah cerai talak tiga amat tidak munasabah selain melanggar etika dan moral kehidupan seorang Islam.

"Kesilapan yang dilakukan Pas bukan kesalahan biasa kerana melibatkan soal akidah. Malah, sejarah membuktikan Pas merupakan satu-satunya parti yang tidak pernah tetap pendirian dan sentiasa akur dengan kehendak rakan dalam pakatan pembangkang.

"Saya melihat amalan ini perbuatan gila kerana sebagai parti Islam, Pas sewajarnya meminta ahlinya berbaiah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment