My Add

Wednesday 13 February 2013

Ancaman pengganas: Thailand tingkatkan keselamatan

BANGKOK, RABU, 13 Feruari, 2013: Pihak berkuasa Thailand kelmarin, meningkatkan tahap keselamatan di bangunan Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Chiang Mai, ekoran beberapa laporan risikan tentang kemungkinan berlakunya serangan pengganas pada bulan ini.

Perdana Menteri, Yingluck Sinawatra berkata, beliau telah mengarahkan agensi keselamatan untuk menambahkan bilangan anggota yang mengawasi bangunan berkenaan.

Beliau memberitahu, langkah keselamatan tersebut akan diteruskan sehingga latihan ketenteraan Cobra Gold di wilayah berkenaan yang melibatkan penyertaan tujuh negara termasuk AS, tamat pada Ahad ini. - AGENSI

No comments:

Post a Comment