My Add

Friday 15 February 2013

Anwar hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri: Ali Rustam

MELAKA, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd AliRustam menasihati rakyat supaya menolak kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mahu berkuasa demi kepentingan sendiri dan bukannya untuk membantu rakyat.

Beliau berkata, sifat terbabit jelas tergambar ketika Anwar memegang jawatanpenting dalam kerajaan sebelum ini.

"Dahulu demonstrasi (semasa jadi pelajar) di Universiti Malaya kata nak bela rakyat Kedah tetapi bila dia jadi Menteri Kewangan, jadi Timbalan Perdana Menteri tidak pun dia bantu orang Baling.

"Dia pun tidak bantu orang Sabah masa berkuasa dulu tapi bila hilang kuasabaru kata nak bantu...itulah dia Anwar Ibrahim yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama kakitangan, pelajar dan alumni Institut Latihan Bukit Katil di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan ketua pembangkang itu selama menjadi TimbalanPerdana Menteri tidak pernah kesiankan rakyat Sabah.

Justeru Mohd Ali berkata, rakyat perlu jelas dan faham tentang sifat pemimpin pembangkang itu agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji kosong.

Mengenai hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal, beliau berkata tindakan itu menunjukkan seolah-olah Abdul Khalid berada dalam keadaan rungsing.

"Dia hendak tunjukkan bahawa dia (Abdul Khalid) ada kuasa tapi cara guna kuasa itu tidak bijak sebaliknya jelas menunjukkan dia dalam keadaan yang amat runsing kerana sokongan rakyat Selangor terhadap pembangkang semakin merosot," katanya.

Beliau berkata, pilihan raya berasingan tidak perlu diadakan bagi mengelak timbulnya suasana kelam-kabut dan pembaziran wang rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment