My Add

Saturday 16 February 2013

Anwar mohon komital Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi prosiding komital terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan seorang lagi.

Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan mereka dikatakan telah menghina dengan menyerang peribadi salah seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu pada 17 Januari lalu akan didengar oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara pada 5 Mac ini.

Pada prosiding hari ini, Hakim O'Hara menyatakan, mahkamah akan menjemput pihak Jabatan Peguam Negara untuk hadir mendengar permohonan tersebut sebagai rakan mahkamah (amicus curiae) berikutan terdapat beberapa isu membabitkan kepentingan awam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment