My Add

Thursday 14 February 2013

Anwar tidak layak digelar Huguan Siou

KOTA KINABALU, RABU, 13 Februari, 2013: Gelaran Huguan Siou yang bermaksud pemimpin agung bagi kumpulan etnik Kadazandusun Murut (KDM) Sabah bukan boleh dianugerahkan sesuka hati kepada mana-mana individu sebaliknya perlu menjalani banyak proses pemilihan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Tindal Bersatu Sabah, Kanul Gindol berkata, tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ranau menganugerahkan gelaran Huguan Siou kepada Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai keputusan bersendirian dan bersifat nakal.

Katanya, anugerah itu merupakan tindakan bersendirian daripada Ketua Cabang Ranau iaitu Jonathan Thayasin dan pastinya akan menimbulkan kemarahan daripada ahli KDM kawasan tersebut dan kawasan lain kerana tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Menurutnya, penganugerahan gelaran Huguan Siou sebenarnya melibatkan proses adat istiadat KDM yang rumit dan ketat, termasuk menjalani upacara tapisan dan pemilihan untuk menerima gelaran itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment