My Add

Thursday 14 February 2013

APMM mahu tambah 12 pangkalan di seluruh negara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Dalam usaha untuk memendekkan masa respons operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari dua jam kepada satu jam, agensi itu berhasrat menambah sekurang-kurangnya 12 lagi pangkalan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata kini terdapat 18 pangkalan APMM di seluruh negara dan ia berhasrat meningkatkannya kepada 30 pangkalan.

"Hasrat kita untuk meletakkan tiap-tiap 60 batu nautika sebuah pangkalan atau pos supaya jika ada maklumat, aduan akan terus diberikan," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

APMM yang baru beroperasi selama lapan tahun dan merupakan agensi penguatkuasaan maritim termuda di dunia, berjaya menurunkan kira-kira 45 peratus kadar jenayah di perairan negara dalam tempoh itu.

Kadar jenayah maritim pada 2006 adalah sebanyak 48.06 peratus dan ia menurun setiap tahun hingga ke paras hanya tiga peratus pada 31 Disember tahun lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment