My Add

Friday 22 February 2013

Aquino bidas kumpulan ceroboh Sabah

MANILA, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini membidas tindakan kumpulan bersenjata yang memasuki sebuah negeri di Malaysia dalam usaha pelik mereka untuk menuntut wilayah di negara itu sambil memberi amaran tindakan mereka hanya akan mengundang konflik.

Berpuluh-puluh lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dari selatan Filipina mendarat di Sabah lebih seminggu lalu dan mereka telah dikepung pihak berkuasa Malaysia dengan proses rundingan masih lagi berjalan.

''Pergi ke kawasan itu (Sabah) dengan senjata bukan merupakan cara terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

''Bila anda menggunakan senjata, secara kebiasaannya pihak satu lagi hanya mempunyai satu cara untuk bertindak balas terhadap cabaran itu,'' kata Aquino dalam kenyataan pertamanya sejak isu itu meletus.

Aquino menambah, Filipina telah berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga Sultan Sulu bagi mencari jalan penyelesaian. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment