My Add

Tuesday 12 February 2013

Artis dan peminat beradu di Amazing Race Mangga

 *ERIN Malik (kiri) dan Nelydia Senrose antara artis yang menjayakan program Amazing Race Mangga anjuran majalah Mangga di FRIM Kepong, 16 Februari ini.

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Februari, 2013: Hampir 20 artis popular negara akan beradu kekuatan tenaga dengan peminat mereka bagi menjayakan acara Amazing Race Mangga pada 16 Februari ini.

Acara yang akan berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor ini dianjurkan majalah hiburan popular, Mangga.

Menurut Pengarang Mangga, Rosli Manah, pelbagai cabaran menarik dan mendebarkan akan diadakan pada hari tersebut.

“Kami mempunyai acara yang seakan-akan Fear Factor yang bakal menguji tahap keberanian peserta. Selain itu, kami juga turut menyediakan aktiviti istimewa yang bakal memberi kejutan kepada peserta pada hari acara tersebut berlangsung.

“Selain artis dan peminat, pihak media juga akan terlibat dalam acara yang pertama kali dianjurkan ini," katanya.

Antara artis yang akan turut serta ialah Nelydia Senrose, Erin Malik, Chacha Maembong, Amran Ismail, Almy Nadia dan ramai lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment