My Add

Tuesday 12 February 2013

Awas 'politik palsu' pembangkang

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Februari, 2013: Rakyat terutama pengundi-pengundi di Selangor perlu lebih berwaspada supaya tidak lagi terpengaruh serta tertipu dengan 'politik palsu' pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 .

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, rakyat perlu menilai segala janji yang terkandung dalam manifesto pakatan itu pada PRU 2008 sebagai petunjuk prestasi utama ataupun KPI politik terutama melibatkan dua keputusan mahkamah baru-baru ini.

"Keputusan mahkamah berhubung isu air dan elaun ibu tunggal baru-baru ini perlu dijadikan petunjuk sejauh mana janji pada PRU 2008 sudah ditunaikan atau sekadar janji di atas kertas yang hanya mahu mendapatkan undi bagi merebut kuasa," katanya.

Katanya, kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas tidak ikhlas sehingga rakyat bangkit menyaman mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment