My Add

Thursday 14 February 2013

Azizan angkuh ugut Kerajaan Pusat minta RM100 juta - Ahmad Bashah

ALOR SETAR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: UMNO Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak angkuh apabila mengugut Kerajaan Pusat membayar RM100 juta supaya menghentikan penebangan balak di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindAMIS,Hakan Azizan boleh dianggap tidak mengenang budi kerajaan pusat yang memberi banyak bentuk bantuan kepada Kedah yang ditadbir pembangkang.

"Azizan boleh tergamak mengugut kerajaan pusat. Sikap seperti ini tidak patut ada pada seorang Menteri Besar," katanya mengulas kata dua Menteri Besar itu semalam yang akan terus menebang balak dalam kawasan hutan simpan jika Kerajaan Pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun.

Dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini, Ahmad Bashah berkata, Azizan sewajarnya menyelesaikan isu itu melalui musyawarah atau perbincangan dengan kerajaan pusat dan bukan dengan membuat ugutan.

"Saya lihat cara terbaik ialah melalui perbincangan jika benar bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat perjanjian lisan pada satu ketika dulu ketika isu balak di Kedah hangat diperbualkan.

"Dalam soal ini Azizan mewujudkan dua isu iaitu mengugut supaya dibayar RM100 juta dan satu lagi penebangan balak. Saya lihat tindakan Azizan adalah bagi menghalalkan tindakan rakus kerajaan negeri menebang balak," katanya.

Ahmad Bashah berkata, Azizan membangkitkan soal bayaran bagi melepaskan dirinya daripada kritikan menggunung orang ramai tentang tindakan buruk kerajaan menggondol bukit di Baling dan Padang Terap bagi pengambilan balak.

"Strategi Azizan agak mudah. Apabila kerajaan pusat enggan melayan tuntutannya, Menteri Besar itu berkata akan terus menebang balak dan boleh menyalahkan kerajaan," katanya.

Mengulas kenyataan Azizan bahawa beliau tidak peduli luahan staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengenai nasib mereka dan kemelut pentadbirannya, Ahmad Bashah berkata, sikap "tidak tahu dan tidak peduli" Menteri Besar itu sebenarnya melambangkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan PAS.

Staf Insaniah menderita dengan pelbagai masalah seperti bayaran pinjaman kepada bank tidak dibuat, KWSP tidak dicarum dan pelbagai masalah lain.

"Bagaimana hendak selesai masalah jika semua pihak tidak mahu bertanggungjawab," katanya sambil menambah masalah Kuin tidak akan selesai tanpa campur tangan Menteri Besar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment