My Add

Thursday 21 February 2013

Azizan didesak bertindak, henti label kakitangan Kuin ejen UMNO

 *SHAHRIZAT Abdul Jalil bersama barisan peguam bagi membantu kakitangan Kuin diketuai Mariany Mohd. Yit bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Jawatankuasa Bersih Kuin di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak didesak agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dan menyelesaikan kemelut kebajikan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang telah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Azizan wajib menubuhkan jawatankuasa tersebut jika benar Pas memperjuangkan negara kebajikan kerana kakitangan kolej itu yang teraniaya juga sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Katanya, Azizan selaku Pengerusi Kuin tidak boleh lepas tangan kerana terdapat kira-kira 400 kakitangan kolej berkenaan yang sentiasa dibayar lewat gaji bulanan mereka, tiada potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta berdepan masalah ansuran bank. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment