My Add

Thursday 21 February 2013

Azizan tetap dicalonkan dalam PRU-13 - Hadi Awang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan parti itu akan tetap mencalonkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak Azizan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau berkata, nama Azizan terdapat dalam senarai calon yang bakal bertanding dan tiada sebarang isu berbangkit mengenai calon yang akan menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai desakan 11 Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah semalam yang dipercayai sepakat mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Abdul Hadi berkata Pas menganggap tentangan anggota-anggota Pas Kedah terhadap Azizan itu sebagai masalah kecil.

Katanya masalah tersebut akan diselesaikan segera dan yakin rakyat Kedah akan terus memberikan kepercayaan kepada Pas untuk mentadbir negeri berkenaan.

"Kita menganggap itu "berita pilihan raya", biasalah...tapi kita akan selesaikan semua masalah dan yakin serta percaya rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Treler Negara Berkebajikan Pas di hadapan Pejabat Agung Pas Pusat di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment