My Add

Thursday 14 February 2013

Aznil akui kritikan membantunya capai kejayaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Jangan marah apabila kena kritik. Ini kerana kritikan yang diterima dari sudut positif akan menjadikan seorang itu lebih hebat.

Itu panduan hidup yang dipegang oleh pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi dalam meletakkan namanya sentiasa di atas dan kekal popular dalam industri.

“Saya tidak boleh menafikan, saya berada di tempat sekarang hasil daripada kritikan orang lain. Pihak media terutamanya, banyak menegur memberi kritikan yang baik terhadap diri saya sebelum ini dan saya menerimanya dengan berlapang dada.

“Kalau kita melihat kritikan dari sudut yang positif, kita akan selalu membaiki diri dan tidak akan mencipta masalah dengan sesiapa pun," katanya kepada Utusan Malaysia.

Aznil akan menganjurkan acara khas, petang ini bagi meraikan penerimaan anugerah pingat Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya bersempena Hari Wilayah Persekutuan baru-baru ini yang membawa gelaran Datuk.

Majlis yang akan berlangsung di sebuah hotel ternama ibu kota itu juga bagi memperkenalkan anak didik terbarunya dalam dunia penyiaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment