My Add

Monday 11 February 2013

Baiah Pas: Talakkan isteri

 *MUKHRIZ Tun Mahathir memakaikan vest Skim Rondaan Suka Rela kepada Khairol Azizi Ismail dengan di bantu oleh ADUN Kota Seputeh Abu Hassan Sharif (dua kanan) pada Majlis Perasmian Skim Rondaan Sukarela Batu 1 Jalan Sanglang-Kodiang, di Jelun di Kedah, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid

JERLUN, AHAD, 10 Februari, 2013: Ada dalam kalangan ahli Pas yang berbaiah akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga jika mereka berhasrat meninggalkan parti itu.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, berikutan baiah seumpama itu ia menjadi antara kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan Pas untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.

"Pelbagai isu yang timbul seperti kalimah Allah dan DAP lebih menonjol dalam menentukan hala tuju pakatan pembangkang membuatkan semakin ramai ahli Pas tergerak hati untuk bersama perjuangan UMNO. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment