My Add

Friday 8 February 2013

Ban Ki-Moon kutuk tindakan Presiden Syria

NEW YORK, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini mengutuk keras Presiden Syria Bashar Assad kerana menggunakan pengganas bagi membunuh orang awam dan mengebom perkampungan.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan wartawan bahawa krisis Syria bukannya tercetus disebabkan pengganas tetapi berpunca daripada tindakan Assad membunuh rakyatnya sendiri.

“Dia boleh menghentikan keganasan ini sejak lama dahulu dan perbincangan politik boleh menyelesaikannya.

Namun dia berterusan membunuh, itulah sebab rakyat kecewa dan keluar menyatakan kemarahan mereka. Mereka bertindak ganas terhadap kerajaan negara mereka sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Ban mengalu-alukan pelan penyelesaian politik daripada ketua pembangkang, Mouaz al-Khatib untuk mengadakan rundingan dan perbincangan politik dan berharap pihak berkuasa Syria boleh menerimanya. - AP 

No comments:

Post a Comment