My Add

Friday 8 February 2013

Bekas menteri Arab Saudi dinamakan ketua OIC baru

KAHERAH, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Bekas menteri Arab Saudi, Iyad Madani, dinamakan sebagai ketua Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menggantikan pemimpin dari Turki, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Madani dinamakan pada hari terakhir ketika sidang kemuncak dua hari kumpulan negara Islam dunia di Kaherah dan beliau akan mengambil alih tugas Ihsanoglu bermula Januari tahun depan.

Seorang Diplomat berkata, kumpulan konservatif negara Teluk mencalonkan bekas Menteri Penerangan itu bagi meredakan ketegangan yang tercetus antara Arab Saudi dan pakatan revolusi Mesir, sekutu rapat di bawah Presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak. - AFP

No comments:

Post a Comment