My Add

Friday 8 February 2013

Bekas tahanan ISA Yazid Sufaat didakwa terbabit aktiviti keganasan

 
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini atas dakwaan menggalakkan aktiviti keganasan.

Kesalahan adalah mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan.
Mengikut kertas pertuduhan, Yazid, 49, didakwa mengalakkan perlakuan, perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan sesuatu tujuan ideologi. Perbuatan itu boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk menggugut orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan pertuduhan itu DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober lalu. - BH

No comments:

Post a Comment