My Add

Monday 18 February 2013

  PM berjanji tanah di Kelantan dikembalikan kepada rakyat

 *NAJIB melampai kepada orang ramai yang menghadiri Perhimpunan Anak-
anak Kelantan 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
 *SEBAHAGIAN anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang menjulang sepanduk "Saya Sayang PM" ketika menghadiri Perhimpunan Anak-anak Kelantan 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
*GELOMBANG Merah... Sebahagian daripada 15,000 anak Kelantan di sekitar Lembah Klang yang menghadiri Perhimpunan Anak-anak Kelantan 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

Oleh HUSSAINI AMRAN dan MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji setiap inci tanah di Kelantan akan dikembalikan kepada rakyatnya sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pas Kelantan telah melakukan kesilapan besar kepada rakyat apabila menyerahkan sebahagian tanah di negeri itu kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.

"Kerajaan Pas banyak dosa kepada rakyat Kelantan, sebab itu kita kata kepada mereka bo la wei," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Perhimpunan itu dihadiri lebih 15,000 anak-anak Kelantan dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Negeri Sembilan dan Melaka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment