My Add

Friday 8 February 2013

Buat pertimbangan mendalam sebelum guna kuasa pilih kerajaan

PADANG BESAR, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak para pengundi agar membuat pertimbangan mendalam terhadap sesebuah parti sebelum menggunakan kuasa untuk memilih kerajaan yang dapat menjamin kelangsungan keselamatan serta kesejahteraan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat sendiri boleh menilai kemampuan sebenar sesebuah parti berdasarkan komitmen masing-masing khususnya Barisan Nasional (BN) yang telah membuktikan kejayaannya.

"Ia bukan soal BN sudah terlalu lama atau baharu, ia soal kejayaan yang dibuktikan BN selama ini, malah ketika negara lain mengalami kemerosotan ekonomi, kita (Malaysia) mencatat pertumbuhan ekonomi lebih baik," kata beliau.

Beliau berucap demikian dalam majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Sri Melati, Beseri di sini sempena lawatan kerja sehari ke Perlis.

Selain itu, kata Muhyiddin, usaha menarik minat pelabur asing untuk menanam pelaburan di Malaysia sehingga mencecah berbilion ringgit juga giat dilakukan demi kemakmuran negara.

"Kemakmuran negara juga memberi limpahan nikmat kepada rakyat menerusi pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan walaupun sesetengah negara mengalami kemerosotan ekonomi.

"Negara tidak akan bankrap untuk memberi pelbagai bantuan kepada rakyat sebagaimana didakwa pembangkang," jelasnya. - UTUSA

No comments:

Post a Comment