My Add

Friday 8 February 2013

Bukan masa berteka-teki tetapi perkukuh semangat juang

 *MUHYIDDIN Yassin diiringi Md. Isa Sabu bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Dataran Sheikh Ahmad, Kangar, malam tadi.

KANGAR, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekarang bukan masa untuk jentera Barisan Nasional (BN) berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya sebaliknya perlu memperkukuhkan semangat juang dan meningkatkan usaha bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, dengan masa untuk pilihan raya yang sudah semakin hampir, rakyat perlu diperjelaskan tentang perjuangan BN selama ini.

"Nasib rakyat bukan sahaja telah dibela sejak 55 tahun lalu tetapi kali ini BN mempunyai perancangan lebih besar dan hebat jika diberikan mandat bagi tempoh lima tahun lagi," katanya ketika merasmikan Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru Peringkat Negeri Perlis di Dataran Sheikh Ahmad di sini malam ini.

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan BN Negeri, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu dan timbalannya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kira-kira 8,000 orang hadir pada perhimpunan itu sebagai tanda sokongan terhadap BN.

Muhyiddin berkata, selama ini BN telah melakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira kaum.

"BN telah berusaha untuk mengangkat martabat bangsa, agama pada kedudukan yang lebih tinggi sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara membangun yang paling pesat dari segi pembangunan,'' katanya.

Beliau juga yakin Perlis akan mencapai kemenangan 100 peratus pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment