Cerai isteri guna SMS: Presiden Indonesia pecat pegawai
JAKARTA, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Presiden Indonesia semalam bertindak memecat seorang pegawai daerah yang menceraikan isteri kedua yang dikahwininya selepas empat hari, dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS), tindakan yang mencetuskan kemarahan penduduk.
Susulan tindakan Aceng Fikri itu, rakyat Indonesia mendesak pegawai daerah Garut berkenaan dipecat daripada jawatannya.
Siasatan yang dilakukan ke atas lelaki berusia 40 tahun mendapati mendapati beliau telah melanggar pelbagai undang-undang dalam perkahwinannya dan Aceng dicadangkan dipecat, keputusan yang kemudiannya disahkan Mahkamah Agung.
``Presiden telah menandatangani surat pemecatan ke atas Aceng semalam, kata Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment