My Add

Wednesday 13 February 2013

Demonstrasi ibu tunggal kaum India bantah kerajaan PKR Selangor

*JOHAN Abdul Aziz (kemeja biru) bersama penduduk setempat melakukan bantahan aman menuntut janji kerajaan
HULU LANGAT, SELASA, 12 Februari, 2013: Lebih 500 golongan ibu tunggal kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini hari ini mengadakan demonstrasi membantah kerajaan PKR Selangor kerana gagal memberi elaun kepada mereka seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Demonstrasi itu rentetan bantahan serupa beberapa kumpulan ibu tunggal di seluruh negeri Selangor termasuk yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, hampir 50,000 golongan ibu tunggal diperdaya dan ditipu kerajaan PKR Selangor selepas gagal menerima elaun seperti dijanjikan.

“Adalah jelas manifesto itu merupakan pembohongan dan hanya bertujuan meraih undi malah sehingga kini, tiada seorang ibu tunggal pun menikmati elaun berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment