My Add

Saturday 16 February 2013

Demonstrasi NGO bantah guna kalimah Allah dalam bible

*SEKUMPULAN NGO termasuk ahli Pas membakar akhbar Buletin Mutiara sebagai simbolik menolak Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan menjadi individu bertanggungjawab memulakan isu kalimah Allah di Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Satu perhimpunan besar-besaran gabungan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bakal berlangsung pada 8 Mac ini bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam bible versi bahasa Melayu.

Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, penganjurannya bertujuan mengajak seluruh umat Islam negeri ini menolak keputusan pakatan pembangkang dalam penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.

Menurut beliau, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama barisan NGO lain Ahad ini bagi membincangkan jumlah kehadiran serta lokasi perhimpunan tersebut yang bakal diadakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment