My Add

Thursday 21 February 2013

Didakwa subahat dengan Yazid galak keganasan di Syria
 
 *MUHAMMAD Hilmi Hasim (tengah) yang tertuduh bersubahat menggalakkan keganasan ke atas orang awam di Syria, dikawal ketat ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ampang, dekat Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Seorang pembantu kafeteria hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap tuduhan bersubahat menggalakkan keganasan bagi menggugut orang awam di Syria, tahun lepas.

Muhammad Hilmi Hasim,33, didakwa bersubahat dengan Yazid Sufaat, 49, bagi menggalakkan perlakuan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk menggugut orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang antara pukul 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Okt 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment