My Add

Friday 22 February 2013

Ditangkap ketika meragut kali kedua

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: “Saya meragut untuk mendapatkan wang bagi belanja isteri yang akan bersalin".

Begitu alasan seorang peragut yang ditangkap orang ramai ketika meragut beg tangan seorang penyelia wanita di hadapan Pusat Beli-Belah Wangsa Walk, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Difahamkan, suspek berusia 20-an itu ditangkap selepas jeritan mangsa meminta tolong didengari seorang pemandu sebuah kereta yang bertindak menghalang laluan motosikal tersebut sebelum orang ramai segera menahannya.

Rakan suspek bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan meninggalkan motosikal mereka.

Kira-kira sejam sebelum itu, kedua-dua suspek turut meragut beg tangan seorang pegawai pemasaran di perhentian bas Jalan Ampang. Dalam kejadian itu, mangsa cedera di tangan kanan dan kepala akibat terhantuk di lantai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment