My Add

Tuesday 19 February 2013

Dua maut, satu parah apabila dua kereta bertembung

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
KUANTAN, SELASA, 19 Februari, 2013: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Jerantut-Temerloh di Jerantut malam tadi.

Nahas pukul 11.30 malam itu mengakibatkan pemandu kereta Proton Saga BLM, Rofli Mat Yasin, 49, dari Taman Pedah Jaya, Jerantut dan pemandu Proton Wira, Mohd. Azman Mohd. Azizul, 29, maut.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail, seorang lagi mangsa berusia lingkungan 20-an dan belum dikenal pasti identitinya kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh akibat cedera parah.

Beliau berkata, Proton Saga yang dipandu Rofli dikatakan dalam perjalanan dari arah Jerantut menghala ke Temerloh manakala kereta Wira terlibat dari arah bertentangan sebelum bertembung akibat hilang kawalan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment