My Add

Thursday 14 February 2013

Ekonomi dunia tunjuk tanda-tanda pemulihan

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Februari, 2013: Ekonomi dunia menunjukkan tanda-tanda pemulihan setelah berada di dalam keadaan mendatar sejak enam bulan lalu, demikian menurut kaji selidik global oleh pakar ekonomi yang dijalankan oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Ifo yang berpangkalan di Munich.

Kajian terbaharu itu menunjukkan petunjuk persekitaran ekonomi meningkat kepada 94.1 bagi suku pertama 2013 berbanding 82.4 pada akhir tahun lalu.

Pusat penyelidikan itu berkata, data perniagaan positif dari China dan Amerika Syarikat berjaya memberi sinar baharu kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Selain itu, jaminan Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi pada tahun lalu yang menyatakan: "Kita akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan zon Eropah daripada kemusnahan." - UTUSAN

No comments:

Post a Comment