My Add

Tuesday 19 February 2013

Elak pertumpahan darah

KOTA KINABALU, ISNIN, 18 Februari, 2013: Kerajaan akan memastikan keselamatan rakyat dan mengelak sebarang pertumpahan darah bagi menyelesaikan kes pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dekat sini sejak minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan mampu menggunakan kekuatan ketenteraan untuk menyelesaikan kes tersebut.

"Sejak hari pertama lagi jika mahu guna tentera pun kita mampu tetapi demi keselamatan rakyat, kita memilih pendekatan berunding dengan mereka.

"Walau apa alasan sekalipun, kita tidak mahu melibatkan pertumpahan darah sama ada dalam kalangan rakyat kita atau kumpulan itu," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berlepas ke Lahad Datu bagi meninjau situasi terkini di kawasan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment