My Add

Monday 11 February 2013

Elak tsunami politik berulang

PONTIAN, AHAD, 10 Februari, 2013: Penubuhan jawatankuasa disiplin di setiap bahagian UMNO merupakan tindakan yang tepat supaya tidak berlaku lagi tsunami politik seperti mana yang melanda Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, situasi pada 2008 itu menyaksikan kegagalan BN membentuk majoriti dua pertiga di Parlimen berikutan kekalahan tipis calon-calon yang bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen akibat perbuatan sabotaj.

“Langkah pencegahan ini adalah amaran kepada ahli UMNO supaya tidak merugikan BN dan juga orang Melayu sendiri. Jawatankuasa disiplin ini perlu bertindak awal sebelum pembubaran Parlimen, hari penamaan calon atau pembuangan undi supaya niat jahat terhadap parti dipatahkan.

“Dengan cara ini sahaja UMNO dan BN tidak akan terperangkap dan kalah disebabkan oleh perbuatan sesetengah individu yang kecewa dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Pontian di Hotel Pontian, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment