My Add

Tuesday 19 February 2013

EU setuju laksana sekatan terbaharu terhadap Korea Utara

BRUSSELS, SELASA, 19 Februari, 2013: Kesatuan Eropah (EU) semalam bersetuju untuk mengenakan sekatan terbaharu terhadap Korea Utara ekoran tindakan Pyongyang mengadakan ujian nuklear pada minggu lalu.

Seorang pegawai kanan EU yang enggan dikenali berkata, sekatan terbaharu itu merangkumi aspek kewangan, larangan perjalanan dan pembekuan aset terhadap beberapa individu penting Korea Utara.

Jelasnya, sekatan tersebut turut membabitkan larangan mengadakan urusan kewangan dan urusan perdagangan yang mempunyai kaitan dengan program nuklear dan peluru berpandu balistik Pyongyang.

“Sekatan yang lebih tegas kali ini merupakan pengajaran besar buat Korea Utara kerana melakukan ujian nuklear pada 12 Februari lalu," kata pegawai itu. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment