My Add

Friday 22 February 2013

'Fatwa' Nik Aziz bercanggah dengan ajaran Islam

 *MUHYIDDIN Yassin (tengah) ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (belakang) disambut masyarakat pelbagai kaum di Tenom ketika Timbalan Perdana Menteri itu menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Datuk Sri Panglima Antanom, dekat Kota Kinabalu, Sabah hari ini. - UTUSAN

KOTA KINABALU, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa `fatwa' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti haiwan adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan itu adalah kerja amal bagi membantu rakyat yang memerlukan dan sepatutnya disokong oleh semua pihak termasuk pemimpin Pas sendiri yang arif tentang agama.

"Saya terkejut bagaimana Nik Aziz sebagai seorang Menteri Besar dan pemimpin Pas yang sepatutnya berpegang kepada prinsip agama telah membuat satu kenyataan yang menghina penerima bantuan itu yang jumlahnya amat ramai," katanya selepas mendengar taklimat persiapan pilihan raya umum Barisan Nasional Sabah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment