My Add

Friday 15 February 2013

FDI Kedah berpotensi RM15b

Oleh SAHBULAH DARWI

ALOR SETAR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Kadar kemasukan pelaburan asing (FDI) ke Kedah berpotensi melonjak melebihi RM15 bilion setahun untuk meningkatkan pendapatan rakyat jika kerajaan negeri mempunyai rancangan dan dasar pembangunan ekonomi dalam sektor pembuatan serta industri.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, malangnya dasar kerajaan Pas Kedah hanya memberi tumpuan kepada pertanian hingga gagal menarik pelabur asing.

"Persepsi pelabur ialah Kedah hanya memberi tumpuan kepada pertanian termasuk menanam buah-buahan hingga hutan simpan ditebang, jadi para pelabur tidak berminat untuk melabur dalam bidang teknologi tinggi," katanya selepas taklimat pelaburan Kedah di Hotel Holiday Villa di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, akibat kegagalan Pas Kedah, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) terus merosot kepada RM373.3 juta sahaja mulai Januari hingga Oktober 2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment